Wednesday 26 February 2014

BAHAN KEMPEN DARI HQ

oleh Mohamad Saiful Amin

"Salam 1Malaysia. Berita baik kepada warga SPR (IPT/IPG/IPMa) & IKBN seluruh Malaysia. SPRM DIDIK akan mengagihkan bahan-bahan kempen kepada setiap kampus melalui Ketua Unit SPRM Negeri masing-masing. Antara bahan agihan adalah seperti gambar yang dilampirkan. Pihak SPRM mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sokongan dan membantu mendidik masyarakat "Apakah itu Rasuah?" Syabas kepada SPR yang aktif dan teruskan usaha anda sehingga akhirnya. "MAHASISWA BERSAMA SPRM PERANGI RASUAH""



sumber : https://www.facebook.com/sprm.didik

Pada 10 Febuari 2014, pihak Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah menerima bahan-bahan kempen anti-rasuah yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). 

Admin, bagi pihak SPR IPG Kampus Gaya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SPRM Didik kerana tidak putus-putus menyalurkan bahan ilmiah berunsur pencegahan rasuah  serta tidak putus asa untuk menerapkan nilai anti-rasuah dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.


antara bahan kempen yang diterima dari SPRM Didik



Dengan penyaluran bahan-bahan ini juga, ahli-ahli SPR IPG Kampus Gaya terasa terpanggil untuk lebih komited menjalankan tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan misi dan visi penubuhan SPR IPG. Kami berharap agar pihak SPRM akan terus menyalurkan bahan-bahan kempen seperti berikut di masa hadapan sebagai penyuntik semangat ahli SPR IPGK Gaya untuk terus berjuang memerangi rasuah.

juga disalurkan adalah booth SPR IPG yang mempunyai banyak fungsi, antaranya menjadi kaunter penyebaran maklumat ketika kempen
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SPRM Didik kerana terus memberi kepercayaan kepada SPR IPG khususnya untuk menjadi salah satu medium pencegahan rasuah di masa akan datang. Sekian.

"TOGETHER WE ERADICATE CORRUPTION!"
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments:

Post a Comment