Tuesday 25 February 2014

TEMUDUGA PENGAMBILAN AHLI BAHARU SPR IPGK GAYA

by Mohamad Saiful Amin

Salam 1 Malaysia dan Salam anti-rasuah!

Berdasarkan mesyuarat Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang telah dilangsungkan pada 20 Febuari 2014 (Khamis) bertempat di bilik SPR IPG Gaya, satu kata putus telah dicapai untuk pihak SPR IPGK Gaya menganjurkan satu temuduga pengambilan ahli baharu bagi sesi 2014/2015.

Temuduga ini antara lainnya bertujuan untuk memberi nafas baru kepada barisan kempimpinan SPR IPGK Gaya berikutan kesibukan para ahli majlis tertinggi organisasi sesi 2013/14. Hal ini demikian kerana ahli majlis tertinggi semester 7 akan keluar kampus bagi menjalani sesi praktikum fasa 3 selama 3 bulan manakala ahli SPR semester 5 yang juga terdiri daripada timbalan ketua sekretariat pula akan keluar sesi praktikum fasa 1 selama sebulan. Sehubungan itu, pihak SPR IPGK Gaya amat memerlukan 'orang baru' di dalam organisasi ini dan memohon agar warga pelajar IPG Kampus Gaya dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi dalam pemilihan ahli baharu pada kali ini.

Berikut merupakan poster temuduga yang berjaya dihasilkan bagi tujuan publisiti oleh ahli SPR IPGK Gaya. Segala maklumat tertera di bawah.

Poster temuduga pengambilan ahli baharu SPR IPG Kampus Gaya.
Borang temuduga SPR akan dimuatnaik ke laman blog ini dalam masa yang terdekat.

Sebarang pertanyaan boleh lah diajukan terus di ruangan comment ataupun berhubung dengan ahli SPR IPG yang tertera di dalam poster di atas.

Sekian,
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments:

Post a Comment