Monday 17 February 2014

BERSAMA MELANGKAH

by Anis Faezah

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam anti-rasuah.

Ehem ^^ bermulanya era 2014 yang mana pada tahun ini, sudah tentu bermulanya ceritera hidup yang baru. ya dok? :D
secara tidak langsung, saya sebagai admin  ( konon lah) akan menerajui blog Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu. Saya pun masih baru didalam SPR Gaya ni. Oleh yang demikian, segala salah dan silap semasa mengarang, mohon dimaafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Wah, ucapan raya gituuuu. *tiba-tiba ada lagu raya*

Pada tahun ini, kami telah memulakan aktiviti SPR Gaya dengan mengadakan mesyuarat yang bertempat didalam bilik SPR. SPR Gaya telah menetapkan masa dan hari untuk kami bermesyuarat; hari Khamis, jam 8.30 malam.
Oh ya, sebelum terlupa, kami telah mengadakan mesyuarat SPR Gaya yang pertama pada tarikh 30 Januari 2014. 

Pada mesyuarat itu kami telah memilih naib pengerusi SPR Gaya yang baru kerana naib pengerusi SPR gaya yang lalu, Amir Azemi telah menamatkan pengajiannya selama 5 setengah tahun di sini :D *tepuk tangan* -- semoga berjaya menempuh alam pekerjaan! --

Kami juga akan mengadakan sesi temuduga ahli SPR yang baharu. Aaa? Temuduga? Masuk SPR Gaya pun perlu temuduga? Wah, mestilah. SPR Gaya hanya mahu orang yang betul-betul menunjukkan minat terhadap SPR. Komitmen terhadap SPR itu penting tauuuu. *motivasi pagi*

Sebelum admin mula berleter, maka amat baiklah kita melihat gambar ketika kami bermesyuarat. Sekian, terima kasih ^^









p/s : yang pakai baju hitam, yang kacak bergaya, itulah naib pengerusi baru kamiiii :D
          pengerusi kami yang duduk di tengah tuuuuu :D *tepuk tangan*
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments:

Post a Comment